Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Iklan Nuffnang

Sunday 14 September 2014

Asal Usul Kompang Yang Ramai Tidak Tahu !

  • Kompang yang tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang adalah sejenis alat muzik tradisional paling popular bagi masyarakat Melayu.

Sekumpulan remaja Melayu bermain kompang


  • Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina tetapi ada juga yang diperbuat daripada kulit lembu, kerbau malah getah sintetik.

Kulit lembu digunakan untuk membuat kompang


  • Kebiasaannya, seurat rotan diselitkan dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu untuk menegangkan permukaan kompang bagi menguatkan bunyinya. Kini, gelung plastik turut digunakan.
  • Terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka(ada kulit) dipanggil belulang manakala bahagian (kayu) dipanggil baluh.

Bahagian-bahagian kompang


  • Kompang perlu diletakkan penegang atau dipanggil sedak iaitu sejenis rotan yang diletakkan antara belulang dan baluh untuk menyedapkan bunyinya.

Kompang yang sedang disiapkan



  • Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Sekian dari saya. Assalamualaikum w.b.t.

Sebarkan Ilmu, Walau Sedikit

No comments:

Post a Comment

Share It !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts