Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Iklan Nuffnang

Friday 19 September 2014

Rahsia Disebalik Simbol 911 Di Dalam Filem - Konspirasi Dajjal

Dalam bidang Teori Konspirasi, peristiwa besar yang dianggap paling menimbulkan keraguan penyiasat-penyiasat konspirasi seluruh dunia ialah kejadian pada 11 September 2001 di Amerika Syarikat. Ia adalah kejadian kapal terbang penumpang merempuh bangunan World Trade Center (WTC) di New York dan bangunan Pentagon di Virginia.



Gambar menunjukkan menara World Trade Center sedang marak dengan api sebelum kedua-duanya runtuh. Kawasan runtuhan itu diberi nama Ground Zero.


Mengikut laporan media antarabangsa, kejadian itu didalangi oleh 19 orang pengganas dari kumpulan Al-Qaeda. Perancangan utama kejadian yang disyaki itu ialah Osama Bin Laden yang dikatakan sedang bersembunyi di Afghanistan. Bagaimanapun, Osama telah dilaporkan meninggal dunia pada May 2001 akibat serangan jet di Pakistan. (Penyiasat konspirasi antarabangsa percaya kematian Osama hanya peristiwa rekaan pihak Illuminati bagi menutup identiti sebenar Osama sebagai agen CIA).

Itu laporan media, tetapi para penyiasat konspirasi mempunyai satu laporan lain yang lebih mengejutkan ramai pihak. Laporannya ialah kejadian 11 September 2001 adalah kejadian yang dirancang dengan teliti oleh Illuminati untuk membina alasan bagi menyerang negara-negara Islam. Semenjak itu, peristiwa 11 September 2001 digelar sebagai peristiwa 911 atau 119, (Al-Qaeda adalah unit khas ciptaan Illuminati bagi mengumpan belia-belia Islam yang anti Amerika agar menyertai program jihad palsu).




Perancangan Misteri 911 Di Dalam Filem

Apa yang lebih mengujakan, para penyiasat konspirasi antarabangsa telah menemui beberapa bukti misteri bahawa tarikh kejadian 911 telah pun diletakkan di dalam pelbagai filem Hollywood secara tersembunyi. Penemuan simbol-simbol 911 secara rahsia ini membuktikan kejadian 911 telah dirancang begitu lama seolah-olah peristiwa tersebut sangat penting dalam agenda Illuminati.

Di sini, saya lampirkan beberapa simbol 911 yang tedapat pada babak-babak tertentu. Tamda-tanda yang ditunjukkan ialah susunan angka 911, 119 atau gabungan nombor-nombor yang boleh membentuk angka 9 atau 11.


Gremlins (1984)
Ketika Zach Galligan masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin, jarum radio keretanya terletak di antara nombor 9 dan 11.


Indepedence Day (1996)
Terdapat babak pada minit ke-45, Jeff Goldblum sedang memeriksa laptopnya. Jika kita besarkan gambar laptop itu, di skrinnya terpapar angka 9:11:01.


The Peacemaker (1997)
Selepas menaiki eskelator di lapangan terbang New York, Kapten Thomas memerhati sekeliling dan berhenti seketika di antara kaunter 9 dan 11.


Enemy of the State (1998)
Gene Hackman menyebut, "Reynolds, Thomas Brian. Born 9-11-40".


Traffic (2000)
Kotak-kotak ditanda dengan nombor 911.


Rugrat in Paris (2000)
Chuckie menghadiri satu majlis perkahwinan. Ketika Chuckie sedang cuba untuk menari, dia mengira "Sembilan...sebelas...dua belas..."


The Patriot (2000)
Ketika menimbang kerusi kayunya, Benjamin Martin menyebut,"9 pounds,11 pounds. That's perfect. Perfect."


The Terminator: Judgement Day (1991)
Ketika Terminator menyelamatkan Skywalker, motosikal yang dinaiki mereka melalui suatu tembok yang bertanda CAUTION 9-11.Adakah ini kebetulan?


The Bone Collector (1999)
Ketika ditanya tentang nombor muka surat sebuah buku, Lincoln Rhyme menyebut kepada Amelia Donanghy, "A torn book page with 119 on it."


Gremlins 2 (1990)
Lihat pada mikrofon wartawan. Kiri bernombor 9 dan kanan bernombor 11.


Trading Places (1983)
Jarum jam di bangunan bursa saham New York menunjukkan angka 9 dan 11.


The Matrix (1999)
Tarikh lahir pada passport Thomas Anderson ialah 11.9.2001 iaitu tepat dengan tarikh kejadian runtuhan World Trade Center. Ia diterbitkan oleh Warner Bros. Pictures dan mula ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada 31 Mac 1999.


New York vs Homer Simpson (1997)
Lisa menunjukkan majalah kepada abangnya. Di majalah tersebut tertera angka 911, di mana angka 11 dilukis sebagai bangunan World Trade Center.


The Last Action Hero (1993)
Semasa Jack Slater sedang memasuki panggung wayang, beberapa wartawan bertanyakan kepadanya tentang filem terbaru beliau. Jack menjawab seperti berikut, "Filem kali ini hanya 48 orang terbunuh, berbanding filem terdahulu sebanyak 119 orang terbunuh."



Tanda-tanda 911 Dalam Muzik Hollywood

Selain filem terdapat juga beberapa pemuzik popular yang mana album, dialog dan muzik mereka terdapat tanda-tanda peristiwa 911. Kemungkinan juga mereka adalah agen-agen Illuminati yang sebenar.


Konsert The Prince (1998)


Seorang penyanyi popular Amerika iaitu Prince telah menyebut beberapa ayat yang agak mencurigakan ketika konsertnya di Holland, Netherlands pada 24 Disember 1998. Prince menyebut begini kepada peminatnya dalam nada yang berirama.

Prince: I've gotta go home y'all...
            I've gotta go back to America...
            I've gotta go get ready for the bomb...
            Osama Bin Laden getting ready to bomb...
            Osama Bin Laden getting ready to bomb...
            Osama Bin Laden getting ready to bomb...
            Y'all ready? 2001 in here... Holland!!!
            Osama Bin Laden getting ready to bomb...
            America! You better watch out...2001...

Adakah Prince sudah pun mengetahui situasi tersebut? Bagaimana beliau boleh menyebut tahun 2001 sedangkan konsert tersebut pada 1998?


Def Leppard (1983)

Album ketiga Def Leppard iaitu Pyromania yang diterbitkan pada 20 Januari 1983 menunjukkan gambar bangunan WTC terbakar. Malah tajuk lagu ke-9 dalam album ini juga unik iaitu Action! Not Words.


The Coup (2001)
Kulit album kumpulan rap The Coup yang bertajuk Party Music menunjukkan bangunan WTC sedang terbakar seperti dirempuh sesuatu. Sesuatu yang menimbulkan persoalan ialah album diterbitkan pada September 2001. Rekabentuk kulit album telah pun siap sejak Jun 2001. Selepas kejadian 11 September 2001, penerbitan album ditangguhkan. Penerbitnya iaitu Epitaph Record menukar kulit album kepada reka bentuk lain dan diterbitkan semula pada 6 November 2001. Persoalannya sekarang dari mana penerbit mendapat idea untuk meletakkan bangunan WTC terbakar. Tambahan pula, kulit album menunjukkan penyanyi Boots Riley memegang alat LCD Tuner untuk menunjukkan isyarat banhgunan tersebut dibom dengan menekan butang pada alat tersebut.


Laurie Anderson (1982)


Laurie Anderson adalah penyanyi solo Amerika yang bermain biola dan keyboards. Dalam album Big Science yang diterbitkan pada 1982, terdapat sebuah lagu yang liriknya menggambarkan kejadian runtuhan World Trade Center. Lagu tersebut bertajuk O Superman. Berikut adalah sebahagian liriknya.

And I've got a message to give to you.
Here come the planes.
So you better get ready. Ready to go. You can come...
As you are, but pay as you go. Pay as you go.
Here come the planes.
...They're American planes. Made in America.

Lagu ini mendapat tempat kedua dalam carta muzik Britain pada 1982.


Often An Orphan (1949) - Siri kartun
Kartun siri Often An Orphan keluaran Looney Tunes dari Walt Disney telah menunjukkan isyarat peristiwa 911 ketika siarannya bertarikh 13 Ogos 1949. Dalam siri di atas menunjukkan Charlie Dog berkata kepada Porky Pig seperti berikut: "Pork! Apa tu? Lihaaatttt...menara-menara tu. Ia sedang runtuh...". Siri kartun ini diarahkan oleh Chuck Jones dan diterbitkan oleh Warner Bros Inc.


Johnny Bravo (2001) 
Rancangan kartun Johnny Bravo pada 27 April 2001 menunjukkan isyarat jelas tentang kejadian 911. Ketika Johnny sedang bertengkar dengan sahabatmya, kelihatan tertera sebuah poster di belakang mereka gambar sebuah bangunan sedang terbakar. Di gambar tersebut ditulis tajuk Coming Soon. Kartun ini disiarkan di televisyen 5 bulan sebelum terjadinya keruntuhan WTC di New York.


Wallahualam

Sumber: Rahsia Yahudi Dalam Filem, Ibnuyaacob.

Sekian dari saya. Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu, Walau Sedikit.

No comments:

Post a Comment

Share It !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts