Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Tidaklah dua orang muslim yang bertemu kemudian salah seorang mereka memberi salam kepada yang lain dan dia mengambil tangannya dan tidak mengambilnya kecuali kerana Allah semata, maka tidaklah mereka berpisah sehingga diampuni dosa mereka".
Berjabat tangan itu dapat menambah kecintaan.
Oleh itu apabila bertemu dengan sesama muslim tidak cukup hanya dengan memberi atau mengucap salam, tetapi hendaklah disertai dengan berjabat tangan. Rasulullah S.A.W. apabila berjabat tangan dengan seseorang, baginda memegangnya dengan rapat sebagai tanda mesra dan tidak melepaskannya sebelum orang itu melepaskannya.
Seperti yang biasa dilakukan orang ketika berkumpul di masjid pada hari Jumaat, yang mana mereka menyalami orang yang disebelahnya, itu adalahamalan yang baik. Bersalaman seperti itu sudah tentu menambah nilai solat Jumaat. Semakin ramai orang yang disalam semakin banyak pahala yang diperoleh dan semakin banyak dosa yang gugur.
Wallahualam
Sumber: 40 Amal Penghapus Dosa, Syahrin Jasah.
Sekian dari saya. Assalamualaikum w.b.t
Sebarkan Ilmu, Walau Sedikit
No comments:
Post a Comment