Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Iklan Nuffnang

Tuesday 30 September 2014

Ganjaran Menangis Takutkan Allah

Assalamualaikum w.b.t

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takutkan kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.


1. Keluar Dari Neraka

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan timbangan kejahatannya sangatlah berat dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam Neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya (bulu mata) berkata, Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah SWT, maka Allah mengharamkan matanya itu ke Neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu.

Akhirnya Allah SWT mengampuni hamba itu dan meyelamatkannya dari Api Neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah SWT. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.

2. Memadamkan Api Neraka

Sebaik sahaja mereka menghampiri Neraka, mereka mendengar kegeraman Api Neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan Api Neraka itu dapat didengari sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan: Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang Nabi sahaja yang akan berkata, Umatku, umatku.Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.  

Pada masa itu akan keluarlah Api Neraka seperti gunung-ganang, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata: Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.

Walaupun dikatakan demikian, Api Neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, Sesungguhnya Api Neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W. Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril: Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya. Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya paada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril: Wahai Jibril, apakah air itu? Maka Jibril berkata, Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu. Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W  yang bermaksud, Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.




Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah, dari kita menangis di akhirat kerana azab akibat mengingkari perintah Allah.


Walahualam

Sumber: Senyum & Tangis Rasulullah S.A.W, Hidayatullah Mohd. Syarif Aziz

Sekian dari saya. Assalamualaikum w.b.t


Sebarkan Ilmu, Walau Sedikit

No comments:

Post a Comment

Share It !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts