Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Iklan Nuffnang

Sunday 14 September 2014

Ketahui 10 Fakta Menarik Tentang Tidur

Assalamaualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim


  • Tahukah anda, apa yang berlaku ketika kita tidur? Jawapannya ialah semasa tidur, otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.
  • Masa tidur bergantung kepada umur iaitu kira-kira 16 jam untuk bayi, 10 jam untuk golongan berusia tiga hingga 18 tahun, lapan jam untuk dewasa berumur 19 hingga 55 tahun dan enam jam sahaja bagi golongan yang berusia lebih 55 tahun.

Manusia biasanya menghabiskan selama 6 tahun dalam hidupnya untuk bermimpi.

  • Mamalia yang paling lama tidur ialah koala iaitu 22 jam, kelawar (19 jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula ialah zirafah (dua jam), rusa (tiga jam) dan gajah Asia (tiga jam lebih sikit).


Koala juga boleh berlari. Ia boleh berlari dengan sangat pantas. Kecepatannya hampir sama seperti kelinci berlari.


  • Biasanya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat, tidak kira sama ada kita masih mengingatinya atau tidak.
  • Sebanyak 12 peratus daripada mimpi kita selalunya dalam keadaan hitam dan putih. Peratusan ini pernah menjadi sangat tinggi suatu ketika dahulu sebelum televisyen berwarna dicipta. Kesimpulannya, televisyen juga boleh mempengaruhi mimpi anda.
  • Parasomnia atau dalam istilah kasarnya 'tidur berjalan', banyak dilaporkan dan selalunya terlibat dengan beberapa jenayah seperti memandu ketika tidur, menulis cek tendang, pembunuhan, penganiayaan terhadap kanak-kanak dan yang paling buruk sehingga boleh merogol orang!



Tidur berjalan juga dikenali sebagai somnambulism


  • Tentera British memperkenalkan kaedah untuk tidak tidur dengan menggunakan cermin mata istimewa. Apabila seseorang menjadi mengantuk, sinaran secerah mentari pagi akan memancar ke mata penggunanya dan menyebabkan mereka terasa ingin bangun semula.
  • Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
  • Selepas lima minit terjaga daripada tidur, anda akan terlupa hampir 50 peratus daripada mimpi anda malam tadi dan selepas 10 minit, sebanyak 90 peratus akan hilang.
  • Orang yang buta juga bermimpi. Golongan yang buta sejak lahir akan bermimpi daripada segi emosi, bunyi, bau-bauan dan sentuhan.

Manusia itu sangatlah lemah. Pada ketika yang dia hendak berjaga, adakalanya dia rasa mengantuk dan terus terlelap. Ada masanya dia hendak mula tidur, tetapi matanya tetap berjaga dan berasa gelisahlah dia kerana tidak boleh tidur.

Tidur itu sesungguhnya adalah separuh daripada kematian kerana orang yang tidur tidak mampu mempertahankan diri daripada sebarang bahaya. Esok paginya apabila dia terjaga, dia seolah-olah dihidupkan semula. Justeru itu Rasulullah s.a.w telah mengajar kita berdoa dengan lafaz ini sebaik bangun daripada tidur. Marilah sama-sama kita amalkan..Insyaallah


Insyaallah dapat sama-sama kita amalkan pada setiap hari


Baca tentang Padah Banyak Ketawa DISINI

Sekian dari saya. Assalamualaikum w.b.t

Amalan Yang Dibawa Setelah Mati adalah..ILMU YANG DIMANFAATKAN
Sebarkan Ilmu Walau Sedikit..

No comments:

Post a Comment

Share It !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts