Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Iklan Nuffnang

Tuesday 16 September 2014

Bagaimana Hollywood Berkembang dan Mempengaruhi Manusia? - Konspirasi Dajjal

Pusat Pendidikan Di Hollywood

Bagi keluarga-keluarga elit yang tinggal di dalam kawasan Hollywood, sekolah-sekolah pelbagai kategori dibina bagi kemudahan mereka. Ia diletakkan di dalam kawasan khas yang dikenali sebagai Board District 4. Pusat pendidikan ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu rendah (7 buah), menengah (2 buah) dan tinggi (4 buah). Sekolah-sekolah ini dihadiri oleh anak-anak kakitangan Hollywood, anak-anak pelakon, pihak pengurusan dan sebagainya.




Sekolah Tinggi Hollywood, dibuka pada 1903 dan bertempat di Highland Ave, Hollywood.Tidak semua pelajar-pelajar sekolah ini membesar sebagai pelakon, penari, penulis lirik, ahli muzik dan ada juga antaranya yang menjadi ahli ekonomi, peguam dan bidang-bidang bukan berkaitan hiburan.


Pihak pengurusan Hollywood merasakan pusat pendidikan seperti sekolah-sekolah amat perlu kerana bilangan populasi penduduk di Hollywood semakin bertambah saban tahun. Sehingga tahun 2000 sahaja statistik menunjukkan populasi meningkat kepada 210,777 di mana majoriti penduduknya adalah warga Amerika (59%) dan bakinya adalah warga Eropah, Asia dan lain-lain bangsa. Berikut ialah sekolah-sekolah yang terdapat di dalam kawasan Hollywood.


  • Ramona Elementary School
  • Grant Elementary School
  • Le Conte Middle School
  • Bancroft Middle School
  • Helen Bernstein High School
  • Selma Ave. Elementary School
  • Cheremoya Elementary School
  • Gardner Elementary School
  • Hollywood High School
  • Pedro's Americo High School



Helen Bernstein High School



Pelajar-pelajar Le Conte School



Hollywood Sebagai Pusat Muzik Antarabangsa

Selain atas tujuan perfileman, Hollywood juga dibina Illuminati sebagai pusat penerbitan album-album muzik khususnya genre Hard Rock. Bermula 1980-an, pengurusan Hollywood membawa imej baru dengan memperkenalkan kumpulan-kumpulan rock di bawah tajaan mereka seperti Motley Crue, Poison, RATT, Metallica, Guns N ' Roses dan Van Halen. Kesemua kumpulan ini membawa imej yang sama iaitu penerapan unsur-unsur seksual yang melampau dalam lirik lagu, klip video, fesyen pakaian dan reka bentuk album.

Di Hollywood, band-band muzik yang mudah mendapat penaja dan dana ialah band yang mempromosikan muzik berat dengan lirik-lirik pemujaan syaitan, kematian dan seksual melampau. Manakala artis-artis yang memperjuangkan lagu berunsurkan keamanan, kesatuan dan kecintaan terhadap kesimbangan sosial disisihkan dan tidak diberi penajaan.

Hal ini telah pun dibangkitkan oleh seorang komposer Hollywood yang bernama Wes Perne. Beliau menyedari hal ini dan mula berkecimpung sebagai penyiasat konspirasi sepenuh masa bagi membongkar pengaruh-pengaruh Yahudi di Hollywood khususnya dalam bidang muzik. Perne juga mendedahkan bahawa beberapa penyanyi solo wanita sekarang tetap diberi publisiti hebat walaupun lagu mereka tidak berkualiti hanya kerana mereka berbangsa Yahudi.



Van Halen (1980)


Motley Crue (1981)


Guns N' Roses (1986)


Metallica (1981)


Poison (1983)


Sumber : Rahsia Yahudi Dalam Filem, Ibnu Yaacob

Sekian dari saya. Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu, Walau Sedikit

No comments:

Post a Comment

Share It !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts