Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Iklan Nuffnang

Thursday 28 August 2014

Kenapa Perlu Senyum?

Assalamualaikum w.b.t..


Ada yang mengatakan bahawa senyuman adalah sesuatu yang aneh tapi nyata. Walaupun semua orang mempunyai bibir, namun untuk yang satu ini tidak semua orang mampu melakukannya. Terlebih lagi jika orangnya sedang marah, biasanya wajahnya merungut dan cemberut. Akhirnya wajah yang aslinya cantik dan tampan rupawan, jadi kelihatan buruk dan menakutkan.




Senyum itu sedekah, senyum jua ibadah.



A. Senyum Mencerminkan Akhlak Mulia

Apabila kita renungkan, tersenyum merupakan perbuatan yang mempunyai nilai untuk menghormati orang lain. Sebagaimana senyuman Rasulullah SAW kepada keluarga, anak-anak dan para sahabatnya. Begitu juga dengan para sahabat yang menghadiri majlis baginda dengan wajah ceria serta murah senyuman.


B. Warna-warni Senyuman

Sebagaimana jamaknya suatu budaya, senyuman juga kini telah mengalami perkembangan. Senyum menjadi sangat berbeza-beza dengan nilai dan karakteristiknya masing-masing. Dari warna-warni senyuman itu dapat dibahagikan menjadi beberapa bahagian. Diantaranya adalah seperti yang berikut:

  • Senyum Egois
  • Senyum Menggoda
  • Senyum Ketabahan
  • Senyum Berwibawa
  • Senyum Ketulusan



                                               Senyum, tanda ketabahan                                         



C. Pengaruh Senyum

1. Dari Segi Penampilan

Senyuman dapat memperbaiki penampilan dan menambah daya tarikan. Walaupun yang tersenyum adalah datuk nenek yang tidak bergigi dan keriput, namun senyuman tetap menjadikannya lebih baik. Dengan senyuman kita akan lebih dihargai dan disegani.

2. Dari Segi Kesihatan

Menurut pendapat para doktor, untuk menghasilkan sebuah senyuman hanya diperlukan 17 otot wajah. Maka dari itu, tidak hairan jika sering dijumpai orang dengan usia 50-an tahun mempunyai wajah yang masih tetap segar, ceria dan sihat. Berbeza dengan orang yang suka marah, hobinya memaki-hamun atau suka cerewet, biasanya kelihatan lebih tua. Kerana sememangnya orang yang kerap beremosi dan marah memerlukan 32 otot wajah, inilah  menjadi penyebabnya.

3. Dari Segi Sosial

Dari segi sosial, senyuman merupakan suatu bentuk keakraban dalam pergaulan masyarakat. Ini dapat menambah suasana lebih hangat dan indah. Kerana memang ketika melihat orang yang murah senyum, akan terasa menyenangkan. Bahkan apabila hidup ini tidak sepi dari nuansa aktiviti yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW ini. in sya Allah akan menyerikan suasana hidup dan menambahkan semangat hidup. Senyum memang suatu yang hebat.







Wallahualam.

Sekian dulu dari saya. Assalamualakum w.b.t

Sumber : Senyum dan Tangis Rasulullah S.A.W., Hidayatullah Mohd. Syarif Aziz  

Sebarkan Ilmu, Walau Sedikit !   



No comments:

Post a Comment

Share It !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts