Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Iklan Nuffnang

Wednesday 27 August 2014

Banyak Ketawa Menjejaskan Takwa dan Warak

Asslamu'alaikum w.b.t


Perbuatan mengingkari perintah Allah S.W.T disifatkan sebagai kejahatan asli. Selain daripada kejahatan asli, terdapat juga kejahatan bukan asli, iaitu perbuatan yang pada hukum asalnya harus dan halal (bukan larangan Allah), tetapi dilakukan secara berlebih-lebihan untuk mencapai kepuasan nafsu serakah. Tindakan ini disebut sebagai "Al-Fudhul" yang bermaksud, terlalu berlebih-lebihan, gelojoh, boros dalam mengambil makanan, terlalu mengikut emosi dan sentimen dalam percakapan, banyak ketawa sehingga berlebihan-lebihan.






Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: 'Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati -Riwayat Ahmad dan At-Tarmidzi



1. Mendatangkan Mudarat Kepada Jasmani dan Rohani

Terlalu berlebih-lebihan dalam hal makan, bercakap dan tertawa dikira sebagai jenis kejahatan juga kerana tindakan yang demikian berkemungkinan besar akan terdorong melakukan kejahatan asli, terutama jika dilakukan berulang kali. Sering kali menikmati makanan atau minuman mewah dan lazat atau terlalu banyak makan sehingga terlalu kenyang atau terlalu banyak ketawa sehingga menitiskan air mata dan kencing, boleh mendatangkan mudarat kepada jasmani dan rohani. Sekurang-kurangnya boleh menyebabkan malas bekerja dan malas mengerjakan ibadat kepada Allah Taala dan apabila dihinggapi penyakit sudah tentu kerja ibadat akan terhalang , terganggu dan tidak sempurna.




Kurangkan juadah,banyakkan ibadah,Kurangkan membeli-belah,banyakkan sedekah.




2. Menjejaskan Kealiman dan Keperibadian 

Selain makan berlebihan, cakap dan tertawa berlebihan termasuk dalam jenis kejahatan bukan asli. Dengan banyak bercakap dan tertawa, terutama tentang perkara yang tidak bermanfaat atau dengan tujuan hendak menonjolkan diri, besar kemungkinan seseorang itu akan terlajak kata sehingga terkeluar kata-kata yang dilarang dalam agama seperti mencaci, mengeji, mengumpat, menuduh, memfitnah atau sebagainya yang boleh menghina dan menyakiti orang lain.

Orang alim yang terlibat dengan perbuatan yang bermula dengan kejahatan bukan asli itu akhirnya akan kehilangan waraknya, menghapus tawaduknya dan menjejaskan ciri-ciri kealimannya, termasuk keperibadiannya dan akhlaknya.


3. Menjejaskan Ketakwaan

Orang alim yang benar-benar warak, bukan sahaja menjauhkan diri daripada perbuatan yang jelas haramnya, tetapi juga akan berusaha memelihara dirinya daripada terlibat dengan perbuatan yang makruh dan subahat (diragui tentang halal haram melakukannya), termasuklah segala perbuatan dalam pengertian al-fudhul tersebut.

Berhubung dengan ketakwaan, menurut Imam al-Ghazali : Orang yang bertakwa itu ialah orang yang menjauhkan diri daripada melakukan setiap perlakuan dan ucapan yang akan membawa mudarat kepada agama.

  

Wallahualam.

Sekian dulu dari saya. Assalamualakum w.b.t

Sumber : Senyum dan Tangis RasulullahS.A.W., Hidayatullah Mohd. Syarif Aziz  

Sebarkan Ilmu, Walau Sedikit !   


No comments:

Post a Comment

Share It !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts