Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Iklan Nuffnang

Thursday 4 September 2014

Padah Banyak Ketawa !

Assalamu'alaikum w.b.t


Dalam Islam apa sahaja yang dilakukan biarlah bersederhana. Sesuatu perbuatan itu jika dilakukan dengan melampau-lampau, biasanya akan membawa padah. Begitu juga dengan ketawa. Kata orang, ketawa membuatkan hati seseorang itu riang. Ada juga pendapat bahawa ketawa penawar duka. Namun, banyak ketawa sebenarnya menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati juga tidak berfungsi lagi.





Hidup biar sederhana. Biar papa asal bahagia.


1. Menghilangkan Akal dan Ilmu

Nabi Muhammad SAW melarang umatnya daripada gelak ketawa yang melampaui batas. Ini kerana banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barang siapa ketawa tergelak-gelak, maka akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

2. Membuatkan Manusia Lalai dan Lupa Pada Akhirat

Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal ditempuhi kelak. Dunia hanya tempat tumpangan sementara. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Berbahagia di dunia bersifat sementara, tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. 

3. Menggelapkan Suasana Kubur

Tertawa-tertawa di masjid menggelapkan suasana kubur, demikian ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W. Kubur adalah satu pintu untuk menuju ke Syurga atau Neraka. Betapa gelapnya di dalam kubur itu, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia. Nabi SAW pernah bersabda: Barang siapa tertawa-tawa nescaya dilaknat akan dia oleh Allah - Hadis riwayat Al-Jabbar. Menurut hadis juga, mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat kelak.  




Sebagai renungan kita bersama. 




4. Mudah Masuk Neraka

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda, yang bermaksud: Barang siapa yang banyak ketawa, nescaya meringankan Api Neraka!





Gambar hiasan


Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam Neraka, kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah. 

Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa mengeluarkan suara. Beberapa sahabatnya pernah berkata, Ketawa segala Nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.  



Wallahualam.

Sekian dulu dari saya. Assalamualakum w.b.t

Sumber : Senyum dan Tangis Rasulullah S.A.W. , Hidayatullah Mohd. Syarif Aziz  

Sebarkan Ilmu, Walau Sedikit !               

No comments:

Post a Comment

Share It !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts