Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Iklan Nuffnang

Monday 25 August 2014

Sifat Jenaka & Tangis Rasulullah SAW

Assalamualaikum w.b.t


RASULULLAH S.A.W juga bergurau, alami suka-duka seperti insan lain. Sebagai manusia sempurna, Nabi Muhammad juga mempunyai perasaan mendalam dari segi kasih sayang, dapat menangis tapi juga boleh berjenaka.

Baginda mempunyai rasa cinta yang mendalam terhadap para isterinya. Ada ketika baginda makan minum bersama Saidatina Aisyah di dalam suatu bekas.
Ketika menyaksikan permainan akrobatik dari Habsyah, Saidatina Aisyah pernah meletakkan dagunya di atas bahu Rasulullah. Malah baginda berulang kali bertanya apakah Aisyah puas hati dengan pertunjukan itu. Untuk isteri Safiah pula, Rasulullah pernah membongkokkan lututnya untuk dipijak Saidatina Safiah ketika menaiki kenderaan.

Pada suatu masa, unta mereka tersadung sehingga mereka berdua hampir terjatuh. Apabila orang ramai datang untuk menolong, Rasulullah segera berteriak, "Wanita mesti ditolong dahulu!"

Suatu waktu, anaknya Ibrahim ditempatkan di tingkat dua rumah seorang tukang besi dalam masa penyusuannya. Rasulullah pergi ke tempat itu walaupun jauh. Baginda duduk di sisi bayi itu, meskipun tempat tersebut dipenuhi asap. Rasulullah membelai dan menciumnya dengan penuh kasih sayang. Apabila anaknya, Fatimah berkunjung, baginda bangun dan menyambut kedatangannya. Anak-anak Fatimah, Hassan dan Hussain, merupakan cucu-cucu kesayangan Rasulullah. Baginda pernah meletakkan mereka di atas bahunya dan menjadikan dirinya sebagai kuda tunggangan mainan mereka.

Kepada mereka yang berasa hairan melihat perbuatan Rasulullah SAW mencium cucunya Hussain, baginda menyatakan : Seseorang yang tidak mempunyai perasaan kasih sayang kepada orang lain, maka dia tidak layak mengharapkan kasih sayang orang lain terhadap dirinya.


Hakikat sebenar yang sedang berlaku masa kini. Tepuk dada tanya Iman.


1. Sifat Tangisan Rasulullah 


Ketika anaknya Ibrahim meninggal, Rasulullah menitiskan air mata. Apabila salah seorang, anak perempuannya meninggal di depan matanya, hamba perempuannya, Ummu Aiman, meraung sekuat hatinya. Rasulullah segera menghentikannya. Ummu Aiman menyatakan : "Rasulullah juga menangis?"
Rasulullah kemudian menjelaskan : "Mencucurkan air mata itu suatu perasaan yang datang dari rahmat Allah"


2. Sifat Jenaka Rasulullah 

Rasulullah mempunyai budi pekerti yang riang dan menyenangkan, sebagaimana pesannya: Andai kamu bertemu seorang teman dengan wajah tersenyum, itu adalah juga satu ibadat.Tertawa baginda adalah senyumannya yang lembut, sekadar nampak gigi saja. Abu Hurairah pernah bertanya penuh hairan : "Adakah tuan berjenaka juga dengan kami?" Rasulullah menjawab : "Ya, aku tidak pernah menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan kebenaran."


3. Ketawa Sebagai Ubat Jiwa

Ketawa juga pernah disifatkan sebagai "ubat jiwa" . Tetapi sesuatu ubat akan berubah menjadi racun apabila berlebihan. Imam Hassan Al-Banna pernah berwasiat : Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu, selalunya tenang dan tenteram.


Senyum sokmo..


Wallahualam.

Sekian dulu dari saya. Assalamualakum w.b.t

Sumber : Senyum dan Tangis Rasulullah S.A.W., Hidayatullah Mohd. Syarif Aziz  

Sebarkan Ilmu, Walau Sedikit !   

No comments:

Post a Comment

Share It !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts