Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Iklan Nuffnang

Thursday 19 February 2015

Bacaan Yang Dapat Menggugurkan Dosa

Assalamual'aikum w.b.t

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sesungguhnya Alhamdulillah, Subhanallah, Lailahaillallah dan Allahuakbar, akan menggugurkan dosa-dosa seseorang hamba sebagaimana gugurnya daun pokok ini."

Empat macam zikir yang disebutkan dalam hadis itu adalah tahmid, tasbih, tahlil dan takbir. Ketika menyebut hadis ini, Rasulullah dekat dengan pokok yang daunnya banyak berguguran. Itulah sebabnya Rasulullah S.A.W memberikan contoh dengan pokok itu.


Rasulullah S.A.W bersabda: Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah: Subhaanallaah wabihamdihi, subhaanallaahil ‘azhiim.”               (HR. Al-Bukhari 7/168, Muslim 4/2072.)

Dalam hadis lain dikatakan bahawa zikir yang empat macam ini tidak kira dari mana didahulukan. Untuk memudahkan, marilah kita baca seperti yang biasa dibaca orang, yakni seperti berikut:


                                          Subhanallah Walhamdulillah Wala Ila Haillallah Wallahuakbar 

Maksudnya: Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar.

Mari kita baca zikir ini sebanyak-banyaknya. Pahalanya selain menggugurkan dosa, juga untuk menambahkan timbangan amal kebaikan. Dalam hadis lain dikatakan bahawa zikir ini adalah yang paling berat timbangannya. 





Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesiapa membaca :    سُبْحَانَ اللهِ وَ بِحَمْدِه
(Maha Suci Allah dan bagiNya segala pujian)
setiap hari 100 kali, dihapuskan kesalahannya walaupun sebanyak buih di laut."
(HR al-Bukhari (7/168), Muslim dengan lafaznya (4/2071)



Selamat Beramal! :D



Wallahu'alam

Sumber: 40 Amal Penghapus Dosa, Syahrin Jasah

Sekian dari saya. Assalamu'alaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu, Walau Sedikit


No comments:

Post a Comment

Share It !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts