Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Iklan Nuffnang

Saturday, 4 October 2014

Fakta Sains Terbaru Mengenai Tubuh Manusia

Tubuh manusia sebenarnya jauh lebih menarik dan menakjubkan lebih daripada yang kita tahu. Kadang-kadang kita hanya melihat kelemahan pada tubuh badan tanpa kita sedari ia tersembunyi kehebatan yang mengagumkan. Fakta sains terbaru mengenai tubuh badan manusia ini sangat menarik untuk dikongsikan bersama. Jom kita baca!


1. Operasi Otak Bersamaan Dengan Jumlah Kuasa Bagi Sebiji Mentol 10 watt
Otak manusia menggunakan  lebih kurang 200 kilokalori sehari yang bersamaan dengan 10 watt kuasa. Sebagai perbandingan yang lebih jelas, 10 watt itu bersamaan dengan 1/10 daripada kuasa yang digunakan oleh sebiji mentol dengan kekuatan 100 watt. Hebatkan?



 \
Otak jika tidak dirangsang bekerja keras dan belajar akan tidak berfungsi atau tidak menyala.


2. Badan 'bersalin' Kulit Setiap Tujuh Tahun
Adakah anda sedar, sebanyak 25 000 000 sel anda sudah mati sebaik saja anda habis membaca ayat ini! Jangan bimbang, pada masa sama badan terus menghasilkan 300 bilion sel setiap hari bagi menggantikan sel yang rosak dan musnah. Perkara ini berterusan sehingga semua sel digantikan dengan lengkap selama tujuh tahun.

3. Isyarat Saraf Bergerak Selaju 250km sejam
Isyarat saraf bergerak sangat laju, iaitu sehingga 250 kilometer sejam. Ini bersamaan dengan kelajuan kereta Formula 1. Bagaimanapun, kelajuan ini bergantung kepada sesetengah saraf. Sebagai contoh, jari yang terbakar akan cepat menghantar isyarat kepada otak terus kemudian dihantar kembali kepada jari terbabit supaya menjauhi api dalam tempoh sekelip mata.


Jari yang terbakar akan cepat menghantar isyarat kepada otak terus kemudian dihantar kembali kepada jari terbabit supaya menjauhi api dalam tempoh sekelip mata.


4. 100 000 Batu Panjang Salur Darah Manusia
Jika disambungkan kesemua salur darah yang ada pada seorang kanak-kanak kecil, anda akan dapat sehingga 60 000 batu panjangnya. Lebih menakjubkan lagi bagi orang dewasa pula panjangnya boleh mencecah sehingga 100 000 batu. Jika dililit pada bumi pula, salur darah terbabit akan dapat membuat lebih daripada empat lilitan!



Arteri: Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan.

Vena: Vena ialah salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain badan. 


5. Sel Bertindak Balas Dengan Niat Atau Fikiran Anda
Minda sangatlah berkuasa dan benar-benar mengawal segala kelakuan dan tingkah laku tubuh anda. Berita baiknya, anda mendapat mengawal minda anda dan menyalurkannya kepada jalan yang lebih baik. Sentiasalah berfikiran positif kerana fikiran positif akan juga menarik perkara positif, seperti menguatkan fungsi imunisasi tubuh.

6. Jumlah Sel Lebih Banyak Daripada Jumlah Bintang Di Galaksi
Seluruh badan kita terdiri daripada 75 trillion sel. Setiap satu sel pula bersamaan dengan sebuah kota yang lengkap dengan segala kemudahan dan peraturan masing-masing. Jika nak dibandingkan pula dengan kewujudan 400 bilion bintang di galaksi, sudah tentu sel dalam tubuh badan kita lebih jauh mendahului dengan cemerlang.

Antara sel-sel dalam badan kita:


Sel darah merah

Sel bulu-bulu halus dalam telinga

Neuron Purkinje (lapisan pada otak)

Salur darah dalam saraf optik

Saraf perasa pada lidah


Wallahualam

Sekian dari saya. Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu, Walau Sedikit


No comments:

Post a Comment

Share It !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts