Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Iklan Nuffnang

Saturday 13 September 2014

Sekolah Tertua, Terbesar Di Dunia

Pemandangan Chengdu Shishi High School

Chengdu Shishi High School (CSHS) terletak di Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan,salah satu daripada wilayah terbesar di China. Sekolah ini diwujudkan pada masa Dinasti Han, sekitar tahun 143 hingga 141 sebelum Masihi. 

CSHS ditubuhkan oleh seorang gabenor bernama Wen Weng. Chengdu Shishi bermaksud "Stone House" yang merujuk kepada batu yang digunakan sebagai bahan pembinaannya.
Sekolah ini pernah hangus terbakar tetapi telah diubah suai dan dibina semula pada tahun 194 selepas Masihi. Setelah beberapa kali bertukar nama sejak tahun 1661, akhirnya nama CSHS digunakan semula mulai April tahun 1952.

Sekolah ini mempunyai reputasi yang sangat baik dan kebanyakan anak didiknya berjaya dihantar memasuki institusi pengajian tinggi. Sekolah ini turut tersenarai dalam kelompok 100 buah sekolah peringkat pertengahan terbaik di China.

CSHS juga pernah memenangi 36 anugerah dalam bidang sains sejak tahun 2000. Pada tahun 2008 pula, dua orang pelajarnya berjaya memperoleh kedudukan pertama dan kedua dalam ujian penerimaan masuk universiti di wilayah Sichuan.


Sekolah paling besar di dunia


   City Montessori School, India telah mencatatkan namanya sebagai sekolah terbesar di dunia


India terkenal sebagai antara negara yang memiliki paling ramai penduduk di dunia. Kepadatan penduduk di India meyebabkan kemudahan-kemudahan awamnya, termasuk sekolah, menjadi penuh sesak.Sebuah sekolahyang terletak di Lucknow, City Montessori School (CMS), telah mencatatkan namanya sebagai sekolah terbesar di dunia versi Buku Rekod Dunia Guinness pada tahun 2013.

CMS memiliki seramai 47 000 orang pelajar, 1 000 ruang bilik darjah dan 3 800 orang kakitangan yang terdiri daripada guru, kakitangan sokongan, petugas kebersihan, pendawai, tukang kayu dan tukang kebun.Sebelum itu, rekod sekolah terbesar di dunia dipegang oleh Rizal High School yang terletak di Manila, Filipina, yang mempunyai 19 738 orang pelajar. Bilangan pelajar di CMS pula lebih sekali ganda daripada jumlah itu!

Pelajar CMS berusia antara tiga hingga 17 tahun dan semuanya memakai pakaian seragam. Setiap kelas menempatkan sekitar 45 orang pelajar. Kesemua pelajar tidak pernah dikumpulkan kerana tiada tempat yang cukup luas untuk menampung mereka.

Pengasas CMS, Dr Jagdish Gandhi sangat berbangga dan tidak  pernah menyangka bahawa sekolah yang didirikan bersama-sama isteri tercinta, Bharti, pada tahun 1959 akan berkembang sebesar itu. Padahal, ketika hari pertama dibuka, CMS hanya mempunyai lima orang pelajar.
  "Saya mendirikan sekolah ini dengan penuh kepayahan. Saya dan isteri terpaksa memujuk orang ramai agar menghantar anak mereka tetapi tidak mendapat sambutan. Hanya lima orang anak yang dihantar pada awal penubuhannya.
  "CMS diwujudkan untuk menyediakan peluang pendidikan kepada generasi muda, bukan ingin mencari keuntungan. Sebab itulah walaupun tidak memiliki modal yang besar, saya bertekad untuk membuka sebuah sekolah,"  kata Gandhi.
Usaha Gandhi tidak sia-sia kerana sekolah kecil Gandhi telah menjelma menjadi begitu besar dan dikenali di seluruh dunia.


Sekian dari saya. Assalamualaikum w.b.t.

Sebarkan Ilmu, Walau Sedikit
  

No comments:

Post a Comment

Share It !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts